Punca kematian Mahmoud al-Mabhouh

Beberapa penyebab kematian telah diajukan oleh pelbagai pihak. Polis mengatakan bahawa keputusan daripada laporan forensik , kematian berpunca dari kejutan elektrik dan kemudian mati tercekik. The Khaleej Times melaporkan bahawa empat penyerang bertopeng menggunakan bantal untuk melemaskannya.Maklumat lain menyatakan dia diberi ubat merangsang serangan jantung.

Pasukan perubatan mendapati ada tanda-tanda pencekikan. Sampel darah dihantar ke makmal Perancis yang menyatakan beliau meninggal akibat elektrik. Dubai akan bekerja sama dengan Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) bagi menyiasat insiden itu.